Selasa, 10 September 2019

Cara Mohon Rayuan Untuk Ke Universiti Awam

HI SEMUA!!!!!! ceh rasa lama tak update sebab last update ialah di tahun 2016 ye rakan rakan. Post kalini sebenarnya berniat untuk membantu bagi sesiapa yang tak dapat masuk ke universiti awam sebab saya faham rasa gelisah tak dapat masuk U tu cemana rasanya. So saya akan mulakan cerita dari awal lah kot di bawah ni. Jemput baca semua :)

So basically lepas SPM, dalam bulan 12 macam tu saya dapat tawaran untuk ambil diploma kat UniKL MIAT tau. Kiranya pakai result trial SPM sebab yelah result SPM mana le keluo lagi. Jadi saya ambik diploma sebab excited nak sambung belajar kot dan lagipun program tu kalau lepas pointer mara akan tanggung untuk belajar degree luar negara. lagilah excited noksss tapi bla bla bla masa berlalu dan akhirnya aku agak fedup kot ngan course yang aku ambik (maaf ye pakai "aku" pulak sebab rasa lagi selesa kahkah). Senang cerita aku tak enjoy dengan course tu, aku tak sanggup nak hidup di masa hadapan dengan keadaan terpaksa, jadinya aku tukar course untuk degree, from engineering to geography.

UniKL MIAT ni swasta tau, so ada lah dengo cerita orang kabo kalau swasta ni nak masuk U awam agak susah sebab nak kene compete semua tapi jangan risau aokme (korang), percayalah pada rezeki. Tapikan aku cam bodo jugak tau sebab lambat ambik MUET jadinya waktu aku mohon UPU tu result MUET aku tak keluo lagi lah dan apa effect dia adalah nak tak nak untuk result UPU aku kene buat rayuan. Sebab sistem UPU mmg akan tolak terus siapa takde MUET. Jadi aku dapat expect lah result UPU aku sebenonya dan sememangnya aku agak risau lah kalau rayuan pun tak dapat mmg mampos guwe (aku taknak masuk engineering balik!!!). Masa mohon mula mula tu mmg aku tak letak engineering langsung sebab takut boleh dapat, so aku letak UM list pertama, course Geography dan second aku letak UM geology. Yang 3rd aku letak UKM Geography, 4th UKM Geologi, pastu apa ntah yang selebihnya. Waktu result keluo aku mmg tak dapat lah ceritanya dan apa yang lagi menyedihkan kursus untuk Geography UM or Geologi UM dan penuh. lagipun rayuan tu bukak certain course saja. sewaktu itu nani dah start mengelabah ye rakan rakan hahaha. Mohon korang jangan ambik muet lambat hahaha. So ada bukak UKM lepastu UMS untuk course yang aku minat iaitu either geography or geologi, yang pasti kaitan ngan alam. untuk rayuan tu aku letak lah UKM Geography no 1. Dalam masa menunggu result rayuan keluar tu aku apa lagi mmg buat surat hantar ke dekan semua lah. kat UM pun aku siap pos surat tau dan pihak UM pun balas lah kata dah penuh. Aku buat surat kata kenapa aku tukar course, ayat kene power ah sebab ye lah aku kene bersaing ngan bebudak STPM yang ambik geografi dan power power kot. Jadi ayat last surat aku tu aku cakap lah reason utama aku nak tukar adalah disebabkan oleh aku nak bekerja dalam bidang yang aku suka, kerja yang mampu buat aku excited bangun tiap pagi untuk gi kerja dan banyak lagi lah ayat pujukan. Salah satu reason aku buat surat sebab aku risau pihak U taknak terima aku yang dari course yang lain. waktu tu aku memang nak gila kat geography ni (sumpah tak tipu) hahaha. dan syukur aku dapat UKM course geography :))

Waktu dalam proses merayu tu aku selalu jugak cari dan selidik kan pasal masuk cara rayuan ni. ada orang tu nak masuk course law u mana ntah tapi dia terus gi pejabat dekan rasanya tanya cemana nak mohon semua. So main point kat sini adalah korang jangan takut nak mencuba. Tapi jangan main cuba secara hentam pulak. pastikan mencuba secara profesional gitchew. Aku tau rasa gusar tu cemana, tiap malam sebelum tido mesti pikir u mana lah nak ke kita yedak, tapi jangan risau cuba selagi boleh! kita ada hak menentukan hidup kita wahhh gitchew. So harap sangat post ni dapat membantu korang. kalau ada apa apa soalan tanyalah di bawah in sya allah saya boleh jawab. nak contoh surat pun boleh.

Plot twist : ntah ntah UKM terima aku bukan sebab surat rayuan tu pun hahaha tapi takpe apa yang saya boleh tolong saya tolong

Yang Benar, 
NE